Pages

Sunday, August 11, 2013

Masjid Aya Sofia..Turki..bilakah khalifah Islam kembali bangkit?

Friday, September 16, 2011

Antara Dendam Dengan Perjuangan

Ini dibalas oleh ali jusoh..
ALI JUSOH SEDANG SAKIT. SUDAH SEMBILAN KALI KELUAR MASUK WAD. TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ANTARA DENDAM DENGAN PERJUANGAN. SEJARAH MEMANG BERBEZA DARI MATA YANG BERBEZA..
...memang sangat berbeza.Buku ini menceritakan Aku (Abd Rahman @Dato Bahaman), Adik Mat(Ahmad@MatKilau). Adik Yak(Ishak) sebagai watak utama.Mereka berguru dengan Bawah Kaus (Tokku Paloh ).Mereka berumur panjang dan melalui 4 fasa zaman, Inggeris , Jepun ,Komunis kemudian Inggeris.Mereka mengembara dari Pahang.Pasir Raja Dungun, Kuala Berang jadi laluan.Mereka sempat naik bas di zaman jalan raya.Mereka di isytiharkan mati oleh Inggeris(inggeris tertipu), tapi ini sebenarnya tipu helah oleh Bawah Kaus dan Sultan untuk menyelamatkan mereka.Begitu juga Tok Janggut yang dikatakn diselamatkan oleh mereka dengan nasihat Tokku Paloh?Adakah cerita ini benar?Alangkah indahnya kalau ia benar..akanku cuba jejak ali jusoh.
Epilog
Pada 25Dis 1969, Selepas Jumaat di Masjid Pulau Tawar, Jerantut, seorang tua telah mengejutkan negara dengan mendakwa beliaulah Mat Kilau yang berjuang bersama Bahaman menentang Inggeris.Seorang tua di Peramu dalam daerah Temerloh berdukacita kerana teman seperjuangan yang telah bersumpah menyimpan rahsia telah mungkir.Dia akhirnya mati tanpa terjawab persoalan apa yang temanya itu mahukan.Sementara itu di Renek, Terengganu seorang tua yang dikata nyanyuk telah berkahwin dengan gadis 20tahun yanng dikatakan menghinanya.Orang tua itu meninggal selepas anak mereka pandai berlari.

Sunday, September 19, 2010

Mereka Yang Terlibat

Mereka yang terlibat menjadi tajuk..mereka yang tidak ternama pada kerajaan..kepada siapa yang ada info tentang mereka yang terlibat dalam gerakan perjuangan ..kongsikan dengan aku..

Mereka yang terlibat : Dr Burhanuddin al-Helmy,Ahmad Boestaman, Said Zahari, Pak Sako, Usman Awang, Chieng Peng, A samad Ismail, ...siapa lagi?nanti aku sambung..posting ni belum lengkap..

Meniti Lautan Gelora


Meniti Lautan Gelora
Sebuah memoir politik

baru selesai membaca buku ni..masa terluang waktu cuti raya dihabiskan bersama Said Zahari.siapa dia Said Zahari.x pernah kenal.Tidak pernah aku jumpa nama ini sepajang 26 tahun hidupku.Ini juga satu sumber sejarah.Kerana penulis ialah orang terlibat.Tidak sengaja terjumpa buku ini sewaktu membelek buku di Perpustakaan Awam di Masjid Paka(x ramai org tau ada)..Said warga singapura yang bermula sebagai wartawan dan di angkat menjadi Ketua Umum Parti Rakyat Singapura sebelum di tangkap sejurus di lantik..perkataan sekejap saja oleh polis bila di tanya sang isteri itu bermaksud...17 tahun penjara tanpa bicara..!Operation Cold Store telah memusnahkan harapan rakyat marhain untuk melihat kerajaan yang berkuasa ialah kerajaan yang bebas dari belenggu penjajah..selebihnya..baca sendiri.

Berapa banyakkah darah mengalir
Tulang yang patah tak terhitung
Bertaburan di lantai bisu ini
Di pulau Singapura
Di mana-mana di bumi ini
Tulang patah air mata darah
Kerana dimana-mana dibumi ini
Ribuan penjara dan
Jutaan si berani
Atas nama 'keselamatan umum'
Penuhlah penjara ngeri melindungi
Keselamatan mereka segelintir jumlahnya
Atas nama 'undang-undang'
Rakyat dirompak dan dicandui
Sambil meneriakkan 'demokrasi'
Di mana-mana dibumi ini
Si penjenayahlah memulakan perang
Penjara dibinanya untuk mengancam
Tapi dimana-mana dibumi ini
Sekali rakyat bersuara bertindak
Tiada tangan menahan ombak
Logika rakyat logika sejarah manusia
Saudara
Telah tiga ribu hari rebah
Rebah dikaki pemerintah yang goyah
Keyakinan dan keberanian mengheretmu lagi
Ribuan hari berdiri dipenjara ngeri
Suaramu dari penjara Singapura
'Mereka akan berkembang
Menghancurkan manusia biadab
dan rakyat nanti
Tidak takut lagi'
"Salut untuk Said Zahari
Salut untuk mereka yang berani"

*Puisi Allahyarham Usman Awang,
khas untuk Pak Said Zahari..